Clexster Ameen



Program AMEEN

Program Pemasaran Musyarakah Ameen (Musyarakah Marketing) ini merupakan satu program untuk hanya pengguna talian prabayar Clixster menjana pendapatan secara MUDAH, LUMAYAN, dan BERTERUSAN. 
    Ameen Mobile Sdn Bhd (Ameen Mobile) bekerjasama dengan Samata Communications Sdn Bhd iaitu pemilik talian telefon mudah alih 3G dan 4G dibawah jenama Clixster, telah menyediakan pakej Ameen sebagai produk kepada Program Pemasaran Musyarakah Ameen.

     Ameen Mobile berkongsi pendapatan dengan pengguna pakej Ameen berdasarkan pelan pemasaran yang mudah difahami, tetapi mampu memberi pulangan yang lumayan dan berterusan kepada anda yang gigih memperkenalkan program ini kepada orang ramai.

     Setiap ahli Ameen bertanggungjawab untuk menambah nilai (reload) minimum RM30  setiap bulan bagi mengekalkan keahlian dan memperolehi segala manafaat yang ditawarkan dalam program ini. Daripada reload pertama tersebut, yuran bulanan al-ijarah sebayak RM11.40 dikenakan untuk kos perkhidmatan, E-office, web, rangkaian social, latihan, kandungan bahan jualan dan juga insentif pemasaran (Al-Ju'alah). Manakala baki RM18.60 adalah dalam bentuk air-time untuk buat panggilan, SMS dan data (Bai'  / jual beli perkhidmatan).

      Ahli Program Ameen perlu akad dan bertanggungjawab sebagai usahawan Ameen untuk menggunakan perkhidmatan ini dan seterusnya memperkenal, melatih, memotivasi dan membantu pengguna lain menduplikasikan program ini kepada pengguna lain supaya mereka juga akan mendapat manafaat yang ditawarkan dalam program ini, iaitu untuk mengguna talian telekomunikasi Clixster dan menjana pendapatan berganda.

Program Ameen

  • Diuruskan oleh Ameen Mobile Sdn. Bhd.
  • Secara perkongsian pendapatan dengan pengguna
  • Produk dan infrastruktur Clixster
  • Pelan Pemasaran berkonsep unilevel paling mudah

Permulaan Yang Mudah

Dengan 3 langkah :
Murah,  Mudah & Berterusan
  1. Beli 1 simkad Clixster daftar dan langgan Program Ameen.
  2. Tambah nilai minimum RM 30 setiap bulan untuk menikmati insentif.
  3. Perkenalkan minimum seorang sahaja.

Syarat Menjana Pendapatan Berterusan

  • Mesti perkenalkan seorang sahaja secara langsung.
  • Tambah nilai minimum RM 30 setiap bulan
  • Perkenalkan minimum seorang sahaja

 Daftar PERCUMA hari ini.. Kami akan terangkan lebih lanjut dan bantu anda untuk berjaya bersama kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan