Dato' Dr. Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin
Dato' Dr. Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin,
merupakan seorang jurutera terlatih dan juga seorang usahawan yang
terbabit secara langsung dalam sektor teknologi telekomunikasi. Beliau
berjaya mencipta beberapa usaha niaga dalam tempoh 15 tahun kebelakangan
ini dan yang paling membanggakan apabila beliau turut berjaya
menubuhkan sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar di Malaysia
dengan cawangan di peringkat antarabangsa seperti di Singapura,
Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan China.
Beliau
juga telah membimbing dan membangunkan lebih 1, 500 usahawan muda yang
telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Kesempurnaan pengetahuan
beliau dalam industri telekomunikasi dan telefon mudah alih serta
kemahiran perniagaan pasaran terbuka, telah mengangkat beliau dalam
menerajui rangkaian pengedar terbesar telefon mudah aih serta kemahiran
perniagaan pasaran terbuka, telah mengangkat beliau dalam menerajui
rangkaian pengedar terbesar telefon mudah alih di Malaysia dengan lebih
5, 000 pengedar rasmi, penjual balik dan kedai khusus telefon mudah alih
di seluruh negara dengan lebih 17 pengedar dalam setiap negeri di
satu-satu wilayah.
Noor Azlan Khamis
Noor Azlan Khamis
, mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang teknologi
dan pemasaran bagi kedua-dua sektor perusahaan dan penyediaan
perkhidmatan. Konsep satu komuniti tertutup bagi perkhidmatan talian
mudah alih adalah idea asal Azlan, dimana beliau dapat merasakan potensi
yang amat besar bagi perkongsian bersama koperasi.
Beliau telah menubuhkan CLIXSTER MOBILE SDN BHD dengan menyusun strategi operasi awal pada Julai 2011 dan berusaha keras dalam menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebanggsaan Malaysia (ANGKASA) sekaligus menjayakannya. Sebelum menyertai CLIXSTER MOBILE, Azlan adalah pengasas bersama MYPUTRALINK Group,
dimana aktiviti utamanya adalah bidang Teknologi Komunikasi Maklumat
(ICT) bagi perniagaan dalam talian Internet dan perkhidmatan pembayaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan